Koleksi
Khazanah Negeri Perak (KPK) merupakan salah satu Unit di
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) , Ipoh yang
memberi perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan mengikut waktu
perkhidmatan perpustakaan Negeri.
Ia nya berfungsi sebagai satu Unit yang mengumpul semua koleksi
yang berkaitan dengan negeri Perak samada latarbelakang penulis ,
terbitan , isi kandungan buku dan sebagainya .
Terdapat lebih dari 1000 koleksi yang berkaitan negeri Perak di
Unit ini termasuk lain-lain terbitan seperti jurnal , lapuran ,
majalah , buku cenderamata , koleksi gambar dan lain-lain.
Kesemua bahan-bahan di unit ini adalah 'close access' dimana
ianya tidak boleh dipinjam - sebagai rujukan .
Laman ini diadakan sebagai penambahbaikan kepada koleksi
sedia ada dimana ianya menyediakan maklumatitan Negeri Perak
dalam bentuk digital dan boleh dimuatturun. Kandungan
maklumat di laman ini kebanyakan nya adalah diambil dari
sumber-sumber yang diperolehi dari internet dan buku-buku dan
dikumpulkan sebagai satu koleksi untuk kemudahan pengguna
perpustakaan.
Setiap tahun, KPK telah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sekurang-kurang 6
aktiviti galakguna perpustakaan yang meliputi pameran,
pengkisahan sejarah, bengkel, bicara tokoh, forum dan yang
sebagainya.. Bahagian ini bertanggungjawab dalam memperkayakan
bahan-bahan yang berkaitan dengan Negeri perak seperti
hasil-hasil karya anak Negeri Perak, karya yang diterbitkan di
Negeri Perak dan sebarang karya atau wacana berkaitan dengan
Negeri Perak.
Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memenuhi objektif di atas
seperti menambahkan koleksi artikel yang berkaitan dengan Negeri
Perak, mengesan monograf-monograh berkaitan dengan Negeri Perak
dan juga mendapatkan sumbangan-sumbangan untuk menambahkan lagi
koleksi bahan.
Salah satu perancangan untuk memelihara koleksi bahan ialah
dengan mengadakan pendigitalan bahan-bahan yang pada pertimbangan
amat bernilai dari segi pensejarahan dan tidak diterbitkan lagi.
Dengan kewujudan laman web KPK, diharap dapat menyebar dan
menyuburkan lagi bahan-bahan yang berkaitan dengan Perak.