bahis siteleri

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

IPOH, 25 APRIL 2016 -Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Program ini telah dijalankan selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi.

Jom Baca Bersama 10 Minit berjalan serentak di 14 negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit adalah inspirasi daripada kempen Earth Hour tahun 2010 yang mengajak orang ramai supaya memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon.

Di peringkat negeri Perak, majlis yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dirasmikan oleh Y.B. Maslin Sham Bin Razman selaku Timbalan Pengarah PPANPk.

LRT2016

Lain-lain Gambar
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.