ankara web tasarim yacht charter turkey mavi tur ara buluculuk kamera sistemi izmir bocek ilaclama deneme bonusu bahcesehir escort bakirkoy escort avcilar escort atakoy escort

HARI KELUARGA KREKAP

KAMPAR, 01 JUN 2016 - PPANPk dan KREKAP telah menganjurkan Hari Keluarga di Sahom Valley Resort pada 31 Mei 2016. Lebih kurang orang kakitangan PPANPk Perak dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah.

Acara di dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh En Mohd Ekramul Haq bin Razali, disusuli ucapan daripada Cik Nor Aini bin Mohd Nordin selaku Pengarah PPANPk merangkap Penasihat KREKAP. Cik Aini dalam ucapannya berkata Hari Keluarga KREKAP diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara kakitangan dan keluarga masing-masing. Di samping menghargai sumbangan kakitangan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2015 dan melaksanakan acara yang dirancang pada 2016. Sumbangan keluarga juga dalam memberi sokongan turut tidak dilupakan.

Pada hari kejadian, acara cabutan bertuah dimenangi oleh En Shahril bin Ayob iaitu televisyen 41 inci, manakali Pn. farah pula menerima mesin basuh. Antara hadiah cabutan yang disediakan adalah televisyen, mesin basuh, peti sejuk mini, oven, vakum, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, multifunction cooker, pemanas air/water heater,pemain DVD, beg bagasi, dan lain-lain.

Pelbagai acara sukaneka diaturkan seperti pertandingan Tarik Tali Abam Sado, Upih Pinang Terkajak Cun, Tuju Tin Kebaboom, Tuju Guli, Batu Seremban, Jalan Guna Tempurung, Lari Dalam Guni, Trio Famili Puzzle, dan Lari Impit Belon.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan makan tengah hari.

upih
Lain-lain Gambar
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.