• Utama
  • KORPORAT
  • Perutusan
  • Pengerusi

Perutusan Pengerusi

pengerusi

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya,

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berjaya menghasilkan Laman Web Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk). Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada urus setia Laman Web Rasmi PPANPK kerana telah berusaha dan berjaya untuk membangunkan dan mengemas kini Laman Web Rasmi PPANPk selaras dengan perkembangan maklumat semasa.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak merupakan sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak yang memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di seluruh rangkaian perkhidmatan perpustakaan di negeri Perak. Pelbagai program yang dirancang berjaya dilaksanakan selaras dengan peranan perpustakaan untuk memastikan penglibatan masyarakat dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Pada era teknologi maklumat, kemudahan penyampaian maklumat sudah semakin mudah dengan adanya pelbagai bentuk media seperti media massa, elektronik dan kini internet yang begitu meluas digunakan.

Peranan dan usaha pihak pengurusan Laman Web Rasmi PPANPk patut dihargai. Adalah menjadi harapan saya dan semua agar hasil usaha ini terus memberi manfaat kepada masyarakat untuk kesejahteraan bersama.

Akhir kata, diharapkan Laman Web Rasmi PPANPk akan terus memaparkan dan mendedahkan aktiviti semasa yang dilaksanakan berkaitan dengan perpustakaan agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua individu yang memilih untuk melayari laman web ini.

Semoga setiap yang kita usahakan mendapat kejayaan dan keberkatanNya.
Sekian, Wasalam.

YB Salbiah Binti Mohamed
ADUN Temengor
Merangkap
Pengerusi Lembaga Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.