PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. | Tidak dibenarkan MAKAN, MINUM, MEROKOK, MELUDAH, MENDENGAR WALKMAN dan menggunakan TELEFON BIMBIT di dalam perpustakaan. |
2. | Pengguna hendaklah berpakaian KEMAS dan SOPAN. Pengguna BERSELUAR dan BERSKIRT PENDEK atau memakai BAJU yang TIDAK BERLENGAN dilarang memasuki perpustakaan ini. (Kanak-kanak dikecualikan). |
3. | Sebarang buku teks atau rujukan persendirian yang hendak dibawa masuk ke dalam perpustakaan hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan perpustakaan yang bertugas. |
4. | Pengguna DEWASA TIDAK DIBENARKAN MASUK atau MEMBACA di dalam perpustakaan kanak-kanak. |
5. | Pengguna terutamanya para remaja dilarang melakukan perkara sumbang. |
6. | Pengguna dilarang mengubah susunatur perabot atau alatan di dalam perpustakaan. |
7. | Pengguna tidak dibenarkan bercakap dengan kuat hingga mengganggu pengguna lain. |
8. | Tidak dibenarkan MENGAMBIL GAMBAR di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. |
9. | Lampu akan dipadam 15 minit sebelum masa ditutup dan semua pengguna hendaklah meninggalkan perpustakaan. |
10. | PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERHAK MENGHALANG PENGGUNA YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PERPUSTAKAAN YANG DITETAPKAN. |