Maklumat W3C

Bantuan Penggunaan Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk)

Bagi membantu pengguna melayari Portal Rasmi PPANPk, disertakan senarai bantuan seperti berikut :

1. ‘W3C Disability Access’
2. Kod QR (Quick Response Code)
3. RSS (Really Simple Syndication)
4. Rekabentuk Responsif dan ‘Web Mobile’

Keterangan setiap bantuan adalah seperti di bawah :

1) W3C Disability Access

Portal Rasmi PPANPk menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Di antaranya adalah seperti berikut:

Pengguna cacat penglihatan

Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:

1. Dapatkan IE Page Reader.
2. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
3. Seterusnya, anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Pengguna warga tua

Bagi pengguna warga tua, Portal Rasmi PPANPk menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

2) Kod QR (Quick Response Code)

Kod QR (singkatan daripada perkataan ‘Quick Response Code’) adalah cap dagang untuk jenis barcode matriks (atau dua dimensi kod bar) yang mula-mula direka untuk industri automotif di Jepun. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi PPANPk menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) menggunakan kod QR seperti di bawah :

3) RSS (Really Simple Syndication)

RSS (singkatan daripada perkataan ‘Really Simple Syndication’) bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini dengan lebih pantas dan berkesan. Klik di sini untuk dapatkan RSS Portal Rasmi PPANPk.

4) Rekabentuk Responsif dan ‘Web Mobile’

Portal Rasmi PPANPk versi terbaru ini dilengkapi dengan satu reka bentuk responsif automatik yang bersesuaian dengan persekitaran paparan tertentu seperti desktop, tablet atau telefon bimbit, tanpa memerlukan susun atur yang berasingan untuk platform yang berbeza-beza. 'Web Mobile' merujuk kepada akses kepada ‘world wide web’, iaitu penggunaan perkhidmatan Internet berasaskan pelayar, dari peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau PDA (Smartphone) yang disambungkan kepada rangkaian mudah alih atau lain-lain rangkaian ‘wireless’. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi PPANPk menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) dengan melayari ppanpk.perak.gov.my.

.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.